05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Dhuyufur Rahman Masjid Al-Imam Ash-Shafie

 
FPEI1

 

9 Mac 2019 / 2 Rejab (Sabtu)- Masjid Al-Imam Ash-Shafie  MAIAS  Taman Maluri Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Haji Bersiri 1440H/2018. Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Rayhar Travels Sdn Bhd ini telah diadakan sebanyak 13 siri  pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 pagi bermula pada 8 Disember 2018 yang lalu. Kursus Asas Haji ini telah dibimbing oleh 3 orang pembimbing iaitu Tuan Haji Ahmad bin Rosli,Tuan Haji Zulkarnain bin Hamzah dan Tuan Haji Firdaus bin Mahadi.

Antara objektif kursus ini dianjurkan adalah bertujuan memberikan ilmu dan pendedahan kepada anak kariah berkaitan ibadah haji dan umrah khususnya kepada bakal-bakal haji bagi tahun 2019 ini. Kursus yang dianjurkan ini juga mengandungi modul teori dan amali berhubung ibadah haji dan umrah selain beberapa taklimat kesihatan ketika di tanah suci.

Seramai 62 orang peserta Kursus Asas Haji  telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Majlis Penutupan kursus Asas Haji Bersiri ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamed Nor Bin Ibrahim, Pengerusi Masjid Al-Imam Ash-Shafie Tmn Maluri Kuala Lumpur.

Hadir sama memeriahkan majlis penutupan Kursus Asas Haji ini YBhg Ustaz Mohd Rashidi bin Mohd Jamil Penyelaras Pejabat Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI,pegawai dan kakitangan MAIAS.

FPEI2 FPEI3
FPEI4 FPEI5
   
   


Disediakan Oleh:
Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 

 


Cetak   Emel