05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kakitangan JAWI timba ilmu penyediaan video & aplikasi media sosial

 
bengkelvideo3

 

28 Februari 2019 I 23 Jamadilakhir 1440H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Video dan Aplikasi Media Sosial  di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur pada 27 Februari 2019. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dan telah disampaikan oleh Ustaz Tuan Asmawi bin Tuan Umar, Penolong Pengarah Kanan, Masjid Wilayah Persekutuan. Peserta adalah seramai 30 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI Cawangan Putrajaya dan Unit Komunikasi Korporat JAWI.

Bengkel ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam menguruskan teknik-teknik pengambilan gambar untuk video program-program Dakwah, memberi tambah nilai kepada pegawai dari sudut latihan mempelbagaikan ilmu pengetahuan dan menjadi panduan untuk merakam, menyunting video-video program agar lebih malar, menarik dan berjaya mencuri tumpuan.

Semoga bengkel yang telah dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada peserta untuk mengaplikasikan media sosial dakwah dan menjadikannya satu senjata strategik dalam mempromosikan program-program dakwah kepada masyarakat.

 

bengkelvideo2 bengkelvideo1

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

Foto dan Teks Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel