05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Jelajah RAHMAH julung kali diadakan, santuni 200 Komuniti Disayangi

 

 

23 Februari 2019 (Sabtu) I 18 Jamadilakhir 1440H – Buat julung-julung kalinya, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dengan kerjasama pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan Program Jelajah RAHMAH Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur bertempat di Anjung Singgah, Bangunan Ehsan Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur.

Program  dakwah berkonsepkan RAHMAH (Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami, Harmoni) yang merupakan cetusan idea YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri   ini diadakan dengan kerjasama Unggas Kuala Lumpur, Sukarelawan Dakwah Islamiah JAWI (SUDI), Pertubuhan Suara Insan Sejagat (PERSIS) Dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Tujuan utama program ini diadakan ialah bagi mendekati dan menyantuni komuniti disayangi seperti gelandangan, LGBT serta asnaf supaya mendekati masjid. Di samping itu, program ini juga merupakan salah satu inisiatif pihak penganjur dalam mempelbagaikan aktiviti pengimarahan masjid. Untuk makluman, program Jelajah RAHMAH ini akan diteruskan di beberapa lokasi berbeza di sekitar ibu kota yang dikenalpasti menjadi kawasan tumpuan (hotspot) golongan sasar pada setiap bulan. 

Antara pengisian program  ialah kuliah pendek 5 minit “R.A.H.M.A.H” yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Yahya Mahyuddin bin Utoh Said, Ketua Imam Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Halaqah Klinik Al Fatihah, dan solat isyak berjemaah.

Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Hadir sama ialah YBhg. Datin Paduka  Che Asmah binti Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara dan YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Selepas majlis perasmian, YB Datuk Seri Dr Mujahid bersama-sama menyertai sukarelawan mengedarkan bantuan makanan kepada kira-kira 200 gelandangan.

   

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 


Cetak   Emel