05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Pengukuhan Aqidah Islam Menghadapi Cabaran Semasa

 

ali 1
 

 

 

 

20 Februari 2019 15 Jamadil Akhir 1440 ( Rabu )– Pengukuhan dan pengetahuan Aqidah antara intipati utama penganjuran Seminar Pengukuhan Aqidah Islam Menghadapi Cabaran Semasa  Peringkat Zon 3 JAWI.

Seminar pada kali ini merupakan program kerjasama diantara Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Taman Maluri,Pejabat Pusat Pentadbiran Zon 3,JAWI,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman.

Pendaftaran para peserta seminar telah berlangsung seawal jam 8 pagi di Dewan Seri Perkasa,Masjid Al-Imam Ash-Shafie,dimana program ini turut melibatkan Ahli Jawatankuasa Masjid,  Surau Jumaat,  surau-surau dibawah Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI,pelajar-pelajar dan orang   awam yang berada disekitar Kuala Lumpur.

Seminar ini disampaikan oleh YBhg Ustaz Dr Mohd Farid bin Mohd Shahran ( Pengarah/Fellow Pusat Kajian Syariah,Undang-Undang dan Politik IKIM).Seminar terbahagi kepada 2 sesi dengan kupasan serta penerangan  tajuk berkenaan Aqidah dan Pemikiran Islam : Isu dan Cabaran.

Seramai 350 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Seminar Pengukuhan Pegangan Aqidah Islam Menghadapi Cabaran Semasa.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Anuar Hakim bin Haji Saleh, Ketua Penolong   Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kira-kira jam 12.45 tengah hari.Turut hadir  YBhg Ustaz Mohd Rashidi bin Mohd Jamil Penolong  Pengarah Kanan Pusat Pentadbiran  Zon 3 JAWI , Pegawai –pegawai masjid di bawah pentadbiran zon 3,pengerusi pengurusi masjid,surau jumaat dan surau biasa.   

ali 2 ali 3
ali 4 ali 5
   


Disediakan oleh:
 

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 3, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI

 

 

 

 

 

Cetak   Emel