05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lebih1500 hadiri Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2019

 
FPEI1

 

31 Januari 2019 (Khamis) I 25 Jamadil Awal 1440H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad telah melaksanakan Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2019 pada 31 Januari 2019 (Khamis) jam 8.00 malam bertempat di Dewan Muktamar JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Forum Perdana Ehwal Islam pada kali ini telah menampilkan ahli panel terkemuka tanah air iaitu SS Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan (Imam Muda Asyraf) dan  YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim. Manakala Al-Fadhil Ustaz Mohd Hariri bin Mohammad Daud bertindak selaku moderator forum.

Tajuk forum bagi sesi siaran langsung ialah “Kota Yang Diberkati” manakala bagi sesi rakaman ialah “Jangan Banyak Tanya”.

Lebih 1500 penonton hadir membanjiri Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam bagi sama-sama menyaksikan Forum Perdana yang julung kali diadakan di sini.

FPEI2 FPEI3
FPEI4 FPEI5
FPEI6 FPEI7
   

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 


Cetak   Emel