05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

WanFakhrul Razi & Noorul Hasliza Wakil Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan

 
thwp1440h3

20 Februari 2019 | 15 Jamadilakhir 1440H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1440H/2019M pada 13 – 14 Februari 2019 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Majlis itu telah diadakan serentak dengan Karnival Rahmah Peringkat Wilayah Persekutuan yang turut menampilkan acara-acara menarik sepanjang dua (2) hari majlis berlangsung antara lainnya, acara Jom Sihat Jom Cergas, Malam Gala Muzikal Islam, Demo Masakan dan Pertunjukan Busana Muslimah. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan kali ini telah diungguli oleh Qari Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad dan Qariah Noorul Hasliza binti Ahmad sekaligus melayakkan kedua-duanya mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Seremban pada Mac nanti.

Acara hafazan Al-Quran terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu juzu’ 1-10, juzu’ 1-20 dan juzu’ 1-30. Bagi kategori juzu’ 1-10, johan dimenangi oleh adik Ahmad Al Atif bin Ahmad Subki bagi kategori lelaki manakala kategori perempuan dimenangi oleh adik Putri Nor Hanim binti Bakri. Kategori 1-20 lelaki dirangkul oleh adik Muhammad Fitri Naim bin Roslan manakala adik Nur Aini binti Razali memenangi kategori perempuan. Kategori hafazan juzu’ 1-30 pula dimenangi oleh adik Muhammad Al Fateh bin Mohammad Hasnil manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh adik Nurul Nazihah binti Jamaludin. Kesemua mereka akan turut mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah & Hafazan peringkat Kebangsaan 1440H/2019M kelak. Acara perasmian penutup Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1440H/2019M telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, diiringi oleh YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir Al Habshee, Pengerusi MAIWP dan YBhg. Dato’ Nor Hisham bin Ahmad Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Datuk Haji Mohd Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Dalam majlis yang sama, pihak JAWI turut menerima sumbangan RM57,000.00 daripada QSR Brand Malaysia Holdings Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamed Azahari bin Mohamed Kamil. Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada tiga (3) buah masjid terpilih di dalam Wilayah Persekutuan untuk mengagihkan sumbangan kepada 200 orang asnaf pada setiap hari Jumaat sepanjang 3 bulan.

thwp1440h1 thwp1440h2
 thwp1440H7  thwp1440h4
 thwp1440h6 thwp1440H7

 

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel