05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis_Penyerahan & Pemasyhuran Masjid Nurul Islam Kg Desa Pahlawan/Perwira Jaya

 

 
saringhafazan20181

 

15 Februari 2019 bersamaan 10 Jamadil Akhir 1440 H (JUMAAT)- Masjid Nurul Islam telah merakam sejarah apabila dimasyhurkan sebagai Masjid Nurul Islam secara rasminya. Majlis dimulakan dengan santapan rohani Tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh YBhg Ust Ahmad Tarmizi Mahmud, Ketua Unit Bahagian Sumber Maklumat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

 

Majlis diteruskan dengan penyerahan Dokumen Siapkerja daripada pihak Kontraktor kepada pihak Pembangunan JAWI yang diserahkan oleh YBhg Tuan Hj Mohd Adlan bin Hj Mohd Din kepada wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan YBhg Ust Azlan Marukum daripada Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis pemasyhuran Masjid Nurul Islam disempurnakan oleh YBhg Ust Azlan Marukum sebagai mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang. Seusai ucapan perisyhtiharan Masjid, majlis diteruskan dengan majlis menandatangani replika kunci sebagai simbolik Majlis Penyerahan dan Perisyhtiharan Masjid Nurul Islam dengan secara rasminya. Majlis penyerahan dan pemasyhuran Masjid Nurul Islam diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan kepada tetamu Khas.  

 

Khutbah Jumaat pada hari ini telah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Tuan Hj Hashim bin Salleh, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai menggantikan YBhg S.S Dato’ Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri, manakala Imam solat Jumaat dipimpin oleh Timbalan Ketua Imam Masjid Nurul Islam. Majlis pemasyhuran Masjid Nurul Islam turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Kanan Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3 JAWI, Ust Mohd Rashidi bin Jamil, para pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pegawai dan kakitangan Zon 3 JAWI dan anak kariah sekitar Masjid Nurul Islam. Kehadiran Jemaah pada majlis ini dianggarkan seramai 600 orang.

saringhafazan20182 saringhafazan20183
saringhafazan20183 saringhafazan20185
   
   


Disediakan Oleh:
 

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, KL

 

 


Cetak   Emel