05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ceramah Perdana ‘Peringatan Akhir Zaman’ bersama Ustaz Abdul Somad Lc. MA

 
01 Us Somad

 

12 Februari 2019 (Selasa) I 7 Jamadilakhir  1440H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Ceramah Perdana dengan tajuk ‘Peringatan Akhir Zaman’ bersama Ustaz Abdul Somad Lc. MA yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dewan Solat Utama Masjid dipenuhi dengan 4,000 jemaah yang hadir bagi merebut peluang menyaksikan sendiri ceramah oleh pendakwah tersohor dari Indonesia.

Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan diteruskan dengan sesi ceramah oleh Ustaz Abdul Somad.

Uniknya, ceramah pada kali ini turut disertai oleh orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dan ceramah diterjemahkan ke bahasa isyarat oleh jurubahasa isyarat, Puan Hafidah binti Awaluddin dari Persatuan Orang Pekak Malaysia.

Ustaz Abdul Somad juga berkesempatan berkunjung ke dan melawat bangunan JAWI di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur sebelum ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menyampaikan ceramah beliau.

 

02 Us Somad 03 Us Somad
04 Us Somad 05 Us Somad
06 Us Somad 07 Us Somad
 08 Us Somad  09 Us Somad
10 Us Somad 11 Us Somad

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 


Cetak   Emel