05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kunjungan Hormat Ketua Paderi Kg. Pandan Ke Masjid Ar Rahima

 

ali 1
 

 

12 Februari 2019 (Selasa) –  Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam, P.S.M., P.J.N., Ketua Paderi Kg. Pandan di Masjid Ar-Rahimah.

Pihak Masjid menyampaikan sedikit taklimat hal berkaitan dengan masjid. Beliau melawat beberapa kawasan masjid seperti Bilik Nikah, Tapak pembinaan Perpustakaan, Dewan Solat dan Gerobok Rezeki.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan jawatankuasa dia atas khidmat masyarakat yang diberikan dengan penuh cemerlang.

Lawatan ini dapat memupuk semangat muhibah dan melahirkan rasa persaudaraan serta saling hormat menghormati antara umat islam dan penganut agama lain. Dengan kunjungan ini, Masjid Ar-Rahimah berharap agar semua masjid sederap dalam menuju impian Rahmatan Lil Aalamin dan Baldatun Toyyibatun Wa Robbun Ghafur.

 

 

ali 2 ali 3
ali 4 ali 5
   


Disediakan oleh:
 

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 3, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI

 

 

 

 

Cetak   Emel