05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Fiqh Taghyir Al Munkar (Fiqh Mengubah Kemungkaran)

 
saringhafazan20181

 

24 Januari 2019 (Rabu) I 18 Jamadil Awal 1440H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menjadi tuan rumah kepada penganjuran Seminar Fiqh Taghyir Al Munkar (Fiqh Mengubah Kemungkaran) yang dianjurkan bersama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama JAWI, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pelbagai agensi yang bertempat di Dewan Muktamar, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis merangkap Yang DiPertua MAIPs. YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri turut menyampaikan Ucaptama pada seminar ini yang bertajuk "Mengubah Kemungkaran".

Seminar ini menyaksikan dua (2) pembentangan kertas kerja dan satu (1) sesi forum seperti berikut :

Pembentangan :

1.            YBhg. Dato' Dr. Siddiq bin Haji Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 1440H/ Presiden Kolej Dar Al-Hikmah

Tajuk : Memahami Konsep Mungkar Dalam Kerangka Masyarakat Majmuk

2.            SS Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis

Tajuk : Mengubah Kemungkaran : Antara Emosi dan Ilmu

 

Forum - Fiqh Mengubah Kemungkaran: Satu Diskusi

Ahli Panel :

1.            SS Dato' Seri Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

2. YBhg. Prof. Dr. Basri bin Ibrahim, Penyandang Pertama Kerusi Jamalullail UIM

Moderator:

Al-Fadhil Ustaz Ali bin Muda, Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Seminar ini dihadiri oleh ramai tetamu kehormat yang lain di antaranya adalah Exco Agama Islam Negeri Perlis, YB Tuan Ruzaini bin Rais, YBhg. Dato' Haji Paimuzi Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM serta YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

saringhafazan20182 saringhafazan20183
saringhafazan20183 saringhafazan20185
   

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat


Cetak   Emel