05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lebih 1500 Peserta Hadiri Kongres Ekonomi Dan Pengimarahan Masjid

 
saringhafazan20181

 

17 Januari 2019 (Khamis) I 11 Jamadil Awal 1440H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama pelbagai agensi telah menganjurkan Kongres Ekonomi Dan Pengimarahan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1440H/2019M bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta). Majlis pada kali ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Kongres yang bertemakan “Masjid Berdaya, Ummah Sejahtera” ini adalah kesinambungan daripada Kongres Ekonomi Peringkat Kebangsaan yang mana resolusinya turut menyentuh mengenai ekonomi masjid. Kongres ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementeria Pembangunan Usahawan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP), Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), TV AlHijrah, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya dan Kumpulan Johor Corporation (JCorp).

Sekitar 1,500 orang peserta telah menghadiri kongres ini yang terdiri daripada Pengerusi serta Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau Jumaat dan surau-surau di Wilayah Persekutuan di samping peserta dari Jabatan dan agensi, pertubuhan bukan kerajaan (Ngo’s) dan orang perseorangan. Acara Mini Karnival yang melibatkan pameran pelbagai agensi turut diadakan pada sebelah pagi.

Majlis dimulakan dengan perasmian kongres yang disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan diteruskan dengan acara pelancaran “Program Masjid berkonsepkan RAHMAH Peringkat Wilayah Persekutuan”. Acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan program masjid di antara JAWI dengan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS (PICOMS) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) juga turut diadakan semasa perasmian ini.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan “Wawancara Tetamu Khas” bertajuk “Masjid Penggerak Ekonomi Dan Pembangunan Ummah”. Moderatornya ialah Al Fadhil Ustaz Mohd Radhi Bin Abdul Ghani dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Manakala panelnya ialah YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Kongres ini menyaksikan enam pembentangan seperti berikut:

Pembentangan 1

 

 

Tajuk Perkongsian

:

Imarah Ekonomi dengan Baca, Faham dan Amal al-Quran : Sebuah Perkongsian

Pembentang

:

YBhg. Dato’ Dr. Hussamuddin bin Haji Yaacub,

Pengarah Urusan, Kumpulan Media Karangkraf

Pembentangan 2

 

 

Tajuk Perkongsian

:

Peranan Agensi Luar Dalam Pengimarahan Ekonomi

Pembentang

:

YBhg. Dato' Abibullah bin Haji Samsudin

Ketua Pengarah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pembentangan 3

 

 

Tajuk Perkongsian

:

Pengurusan Kewangan Masjid Yang Dinamik

Pembentang

:

YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri bin Chik

Ketua Pegawai Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Pembentangan 4

 

 

Tajuk Perkongsian

:

Fungsi Masjid Dalam Menjana Ekonomi Ummah

Pembentang

:

YBhg. Datuk Haji AB Jamal bin Tun DSP Dr. Hj. Sakaran

Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Pembentangan 5

 

 

Tajuk Perkongsian

:

Peranan Koperasi Dalam Pembangunan Ekonomi Masjid

Pembentang

:

YBrs. Tuan Haji Zahari bin Omar

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Wilayah Persekutuan

Pembentangan 6

 

 

Tajuk Perkongsian

:

Sinergi Zakat Dalam Memperkasakan Ekonomi Masjid

Pembentang

:

YBrs. Tuan Haji Ahmad Syukri bin Yusoff

Ketua Pegawai Eksekutif,  Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Moderator bagi sesi pembentangan kerta kerja 1 hingga 3 dikendalikan oleh YBrs. Tuan Haji Zakaria Bin Othman (JAKIM). Manakala moderator bagi pembentangan kertas kerja 4 hingga 6 ialah Al-Fadhil Ustaz Nabil bin Ahmad juga daripada JAKIM. Resolusi kongres ini telah dibentangkan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan diserahkan kepada Pengerusi MAIWP, YBhg. Dato’ Sri Syed Hussein bin Abdul Kadir yang turut menyempurnakan majlis penutup kongres berkenaan.

saringhafazan20182 saringhafazan20183
saringhafazan20183 saringhafazan20185

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat


Cetak   Emel