05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis_Perhimpunan Bulanan Warga JAWI Bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

 
saringhafazan20181
 

16 Januari 2019 (Rabu) I 10 Jamadil Awal 1440H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga JAWI 2019 bertempat di Dewan Muktamar, JAWI bermula jam 8.30 pagi. Majlis Perhimpunan ini adalah yang pertama kali diadakan sebagai pembuka tirai bagi tahun baru 2019.

Majlis pada sebelah pagi dimulakan dengan slot ceramah bertajuk “Pengaplikasian Maqasid Syariah Dalam Perkhidmatan” yang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, JAKIM.

Acara majlis dimulakan dengan Tayangan Multimedia Pencapaian JAWI Bagi Tahun 2018 dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Majlis bertambah bermakna kerana turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM.

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan ucapan di dalam majlis ini serta menyampaikan Anugerah Pegawai Contoh Bulanan JAWI kepada penerima. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya turut merasmikan Kempen Cintai Jabatan, I Am JAWI JAWI Is Me dengan menyempurnakan acara gimik pelancaran dan pemakaian colar pin JAWI. Para tetamu jemputan dan hadirin kemudiannya menyaksikan persembahan secara live nyanyian lagu tema Kempen Cintai Jabatan, I Am JAWI JAWI Is Me oleh kumpulan koir yang terdiri daripada guru-guru JAWI. Objektif utama pelancaran Kempen Cintai Jabatan ini adalah untuk menyemarakkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga JAWI.

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam ucapannya mengingatkan tentang tiga (3) teras utama pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia iaitu pendekatan Rahmatan lil A’lamin, bersendikan Maqasid Syariah ke arah melahirkan Model Malaysia perlu dijadikan panduan dalam setiap program dan inisiatif yang dilaksanakan.

saringhafazan20182 saringhafazan20183
saringhafazan20183 saringhafazan20185

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat


Cetak   Emel