05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL 1440H PERINGKAT MASJID AR RAHIMAH

 

ali 1

 

01 Disember 2018 (Sabtu) –  Lebih 300 masyarakat sekitar Desa Pandan berhimpun bagi mengikuti  Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Masjid Ar-Rahimah Tahun 1440H/2018M bertempat di Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Majlis yang dianjurkan setiap tahun oleh Masjid Ar-Rahimah bagi memperingati peristiwa bersejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya mengambil iktibar dan menghayati segala isi kandungan ajaran junjungan mulia baginda.
Majlis ini dirasmikan oleh YBerusaha Dr. Haji Rohaily Abd Rahman bin Abd Hamid Pegawai Penyelaras Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3. Hadir sama ialah YDihormati. ASP Tuan Jamaludin, Ketua Balai Polis Cawangan Pudu.
Bertemakan “Menyantuni Ummat Membawa Rahmat”, majlis berkenaan turut diserikan dengan pelbagai agenda menarik. Antaranya ialah ceramah khas Maulidur Rasul S.A.W oleh Ketua Imam Ustaz Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Persembahan Qasidah oleh Kumpulan Qasidah “Asraf team”.
Acara kemuncak pada majlis ini ialah pengumuman dan penyampaian hadiah perbarisan perarakan. Johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00 dan tempat kedua menerima wang tunai sebanyak RM900.00.
 

 

 

ali 2 ali 3
ali 4 ali 5
   


Disediakan oleh:
 

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 3, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI

 

 

 

 

Cetak   Emel