05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Jejak Pesara Pastikan Pesara JAWI Tidak Dilupai

 
jpzaitun3

18 Oktober 2017 | 9 Safar 1440H (Khamis) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam, Cawangan Tasawwur Islam terus istiqomah dalam memastikan hubungan silaturrahim antara Jabatan dengan bekas kakitangannya terus terjalin melalui penganjuran Program Jejak Pesara JAWI. Program ini bertujuan bagi menjejaki serta mengambil tahu keadaan dan perkembangan terkini penjawat awam di JAWI yang telah bersara. Di samping merapatkan lagi ukhuwah antara Jabatan dengan pesara ia juga sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial jabatan dalam menyantuni golongan pesara yang telah menabur bakti di JAWI sepanjang perkhidmatannya.

Seramai 18 orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Dakwah telah menyertai ziarah kali ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi oleh Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah. Jejak Pesara kali ini berjaya menjejak semula Puan Zaitun binti Hamid yang telah menamatkan perkhidmatannya di Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI pada tahun 2013. 

Semoga usaha murni menjejaki bekas penjawat awam yang bersara di JAWI ini, menjadi jambatan yang boleh menghubungkan antara Jabatan dengan pesara. Melalui usaha ini juga diharapkan semua penjawat awam yang telah bersara di JAWI tidak merasa terpinggir dan tersisih daripada rakan-rakan yang masih berkhidmat di jabatan ini.


jpzaitun jpzaitun1
jpzaitun2 jpzaitun4
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel