05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Street-Dakwah JAWI Jengah Pos Hendrop & Pos Tuel

 
lojing1

18 Oktober 2018 | 09 Safar 1440H – Skuad Street Dakwah JAWI dengan kerjasama Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), Pertubuhan Pertolongan Cemas Malaysia (MyFAST), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), JAWI Putrajaya, Islamic Outreach ABIM serta team Sukarelawan Dakwah JAWI (SUDI) telah berkerjasama dalam menjayakan Kursus Pemantapan Kendiri (TOT) Pengurus Jenazah 2018 bersama komuniti orang asli di Pos Tuel dan Pos Hendrop, Lojing, Gua Musang, Kelantan.

Program selama 2 hari bermula 13 Oktober 2018 sehingga 14 Oktober  itu dimulakan dengan Kursus Pemantapan Kendiri Pengurus Jenazah dan acara sukaneka untuk anak-anak di Pos Tuel dan keesokannya berlangsung pula Kursus Pengurusan Jenazah di Pos Hendrop. Kursus Pengurusan Jenazah telah dikendalikan Ustaz Ilham bin Che Daud dan Ustazah Ruzeeta binti Saad dibantu oleh kakitangan Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah. Acara sukaneka kanak-kanak pula telah dikendalikan oleh SUDI manakala pihak MyFast dan NADMA bersama-sama dalam memberikan taklimat dan info berkaitan pertolongan cemas dan bencana alam. Skuad Street Dakwah JAWI turut berkesempatan melawat Sekolah Kebangsaan Hendrop yang menempatkan lebih 200 murid-murid dari Pos Hendrop dan pos-pos yang berhampiran. 

Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hakim bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI diserikan dengan kehadiran YBrs. Ustazah Farahida selaku wakil dari Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK). Dalam majlis yang sama, pihak JAWI dan SUDI turut menyampaikan sumbangan kepada lebih kurang 200 keluarga di Pos Tuel dan 100 keluarga di Pos Hendrop berupa barangan keperluan harian. Semoga hubungan kerjasama di antara JAWI dan MAIK serta tidak ketinggalan semua pihak NGO yang terlibat akan dapat berterusan demi memastikan usaha dakwah kepada semua golongan dapat diperluaskan lagi bukan sahaja di dalam bandar malahan juga di kawasan luar bandar.

 

lojing lojing3
 lojing4  lojing5
 lojing6 lojing14
lojing8 lojing9
lojing10 lojing11
lojing12 lojing13

 

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel