05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Warga SPNB Belajar Urus Jenazah

 
spnb5

10 Oktober 2018 | 01 Safar 1440H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Tasawwur Islam dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 10 Oktober 2018 (Selasa) bertempat di Tingkat 8, Wisma PERKESO, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Seramai 97 orang peserta dari SPNB telah mengikuti kursus yang diadakan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Kursus telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi teori dan praktikal.

Ustaz Abd. Fatah bin Yusof telah mengendalikan slot ceramah bertajuk 'Adab Menziarahi Pesakit dan Kubur' manakala ceramah Pengurusan Jenazah telah disampaikan oleh Ustaz Ilham bin Che Daud dibantu fasilitator bertugas iaitu Ustaz Mohd Sharif bin Khairul Anuar dan Ustazah Raisah binti Abu Bakar. Apa yang diharapkan ialah para peserta dapat menimba sebanyak mungkin ilmu tajhiz jenazah melalui kursus yang dijalankan sekaligus menjadikan mereka 'celik' dan tidak kekok bilamana mereka diperlukan untuk menguruskan jenazah. Semoga hubungan kerjasama di antara JAWI dan SPNB ini dapat diteruskan malahan diperluaskan lagi melalui bentuk kerjasama yang lain. Insya-Allah.

 

spnb spnb1
 spnb2  spnb3
 spnb4 spnb6 

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel