05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ahli SUDI Baharu Tuntut Ilmu Kesukarelawanan

 
sudikdh1

8 Oktober 2018 | 28 Muharam 1440H – Kursus Pemantapan Kendiri Sukarelawan Dakwah Islamiah (SUDI) JAWI Siri 2/2018 selama 3 hari 2 malam telah berlangsung bermula 5 Oktober 2018 (Jumaat) dan berakhir pada 7 Oktober 2018 (Ahad). Seramai 30 orang ahli SUDI yang baru telah menyertai kursus pada kali ini yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah. Sebagai makluman, Sukarelawan Dakwah Islamiah (SUDI) merupakan pasukan sukarelawan dakwah yang ditubuhkan di bawah JAWI dan berfungsi sebagai pasukan sukarelawan yang membantu kerja-kerja dakwah khususnya di dalam Wilayah Persekutuan.

Kursus Pemantapan Kendiri ini antara lain bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli sukarelawan yang baru mengenai konsep kesukarelawanan dan teknik serta komunikasi berkesan dalam menyampaikan dakwah agar dapat mendekati dan mempengaruhi mad’u (sasaran dakwah) dengan lebih berkesan. Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI serta Penyelaras kursus, Ustaz Nur Helmy bin Mohamad Asmoi. 

sudikdh sudikdh3
 sudikdh4  sudikdh5
 sudikdh6 sudikdh1 

 

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel