05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Muadzeen Ackil & Khamariah Yusof Ungguli Majlis Saringan Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1440H/2018M

 
saring6

03 Oktober 2018 | 23 Muharam 1440H – Majlis selama dua hari berlangsung pada 2 & 3 Oktober 2018 bermula dengan Majlis Tasmik melibatkan hampir 30 orang peserta dan disudahi dengan Majlis Saringan melibatkan 15 orang peserta qari dan qariah. Johan dan Naib Johan bagi kategori Qari dan Qariah akan layak menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1440H/2019M mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Johan, Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM2,000, RM1,500 dan RM1,000. Para pemenang telah diadili oleh hakim-hakim yang berpengalaman luas dalam bidang tilawat al-Quran antaranya, Tuan Hj. Abdul Aziz bin Mohd Noor, Tuan Hj. Azhari bin Othman, Dr. Muhammad Lukman bin Abdullah dan Tuan Hj. Nik Azizan bin Dato' Nik Jaafar. Senarai pemenang adalah seperti berikut :

Johan Qari : Hj. Muadzeen bin Ackil
Naib Johan : En. Wan Fakhrul Razi bin Mohamad
Ketiga : En. Muhamad Nasir bin Mohamad Salleh
 
Johan Qariah : Pn. Khamariah bt. Yusof
Naib Johan : Pn. Samsiah bt. Ahmad
Ketiga : Pn. Zaiton binti Nik
 
Majlis Perasmian Penutup serta penyampaian hadiah dan cenderahati telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah.
saring1 saring2
 saring3  saring4
 saring5 saring7 

 

Berita oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Foto oleh :
Unit Komunikasi Korporat


Cetak   Emel