05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Hari Kesihatan Bukit Damansara

19 September 2018 (Rabu) - Masjid Saidina Umar Al-Khattab (MSUA), Bukit Damansara telah mengadakan program Hari Kesihatan Bukit Damansara bertempat di Aras Bawah MSUA. Program telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Sambutan sangat menggalakkan dengan kehadiran hampir 300 orang yang datang daripada sekitar Bukit Damansara, Bangsar, Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail.

Antara Doktor-Doktor yang terlibat dalam program ini adalah Dr Badrul Shah Badaruddin dari Prince Court Medical Centre, Dr Simren Kaur dari KPD Kepong, Dr Mani Priya dari KKIA TTDI, Dr Nadhiya Md Jan dari KK Jinjang dan Dr Abdul Hakim Jaafar dari Innohear. Pihak Badan Kesihatan yang terlibat pula adalah PKD Kepong, PUSRAWI, Innohear dan PDT 4Life. Setiap petugas dan Pegawai Kesihatan diberikan cenderahati berupa mug dan buku nota kecil MSUA beserta Sijil Penghargaan.

Manakala aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari tersebut adalah seperti Ceramah Kesihatan yang bertajuk “Coping With The Aging Knee” oleh: Dr Badrul Shah Badaruddin@ Pakar Ortopedik, Blood Pressure Test, BMI, Papsmear, Klinikal Ujian payudara, Ujian Mata, Ujian Darah, Fisioterapi, Ujian Pendengaran dan Kaunseling Jualan Barangan Kesihatan PDT 4Life. Majlis telah berakhir dengan jayanya.

 

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 

 


Cetak   Emel