05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MSUA Bersama Pendakwah Terkemuka

15 September 2018 (Sabtu) – Masjid Saidina Umar Al-Khattab (MSUA), Bukit Damansara telah menjadi lokasi pertama di Kuala Lumpur bagi tahun 2018 untuk Siri Kuliah Maghrib Perdana – “Kitab Anak Kunci Syurga & Soal Jawab” yang menampilkan penceramah dan ulamak terkenal, Y.Bhg. Ustaz Azhar Idrus.

Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan disaksikan oleh para tetamu yang terdiri daripada VVIP dan orang awam dari sekitar Lembah Klang. Secara keseluruhannya majlis yang telah berlangsung selama 1 jam 30 minit ini lebih tertumpu kepada sesi menjawab hampir 50 soalan terkumpul tentang hukum-hakam agama yang merangkumi pelbagai permasalahan semasa. Soalan-soalan telah dijawab dengan penuh bersahaja dan berjaya diolah dengan gambaran-gambaran jawapan yang mudah difahami serta melucukan para tetamu yang hadir.

Penceramah juga sempat mengingatkan para jamaah agar sentiasa berdakwah menyampaikan nasihat & ilmu agama yang diperolehi kepada orang lain disamping mengenepikan gambaran sempit bahawa tugas dakwah hanya terpikul di bahu golongan bergelar ‘Ustaz’ semata-mata.

 

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 


Cetak   Emel