05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Istimewa Asyura MAHSPKL 1440/2018

20 September 2018 (Khamis) - Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur menganjurkan program sempena Asyura 1440 Hijriyyah dengan beberapa aktiviti yang amat bermanfaat.

Bermula jam 9.30 pagi, diadakan gotong royong bersama HELWA dan jemaah MAHSPKL bagi menyediakan juadah Bubur Asyura. Penyediaan Bubur Asyura berjalan dengan lancar dibawah seliaan Ketua Biro Keraian MAHSPKL dan dapat disiapkan sebelum azan fardhu Zohor.

Kemudian selepas solat fardhu Asar berjemaah, diadakan Majlis Zikir Petang iaitu membacakan zikir selepas solat, Sayyidul Istighfar dan Hizbul Bahr susunan Syeikh Abu Hasan Asy-Syazuli yang dipimpin oleh Ketua Imam MAHSPKL. Kehadiran jemaah ketika ini menghampiri 70 orang. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan Tausiyyah Istimewa Asyura oleh Syeikh Said Abdellatif Karawia yang bermula pada jam 5.30 hingga 6.30 petang.

Setelah itu, bagi mengisi kekosongan waktu sementara menunggu masuknya waktu solat fardhu Maghrib iaitu waktu berbuka Puasa Sunat Asyura maka diadakan bacaan Tahlil Ringkas pimpinan Ketua Imam di Dewan Makan MAHSPKL. Kehadiran Jemaah untuk berbuka Puasa Sunat Asyura ketika ini kian bertambah menghampiri 200 orang. Hal ini kerana ramai jemaah yang baru pulang bertugas di tempat kerja, yang ingin turut mengambil barakah meraikan majlis.

Selepas solat fardhu Maghrib pula, diadakan Majlis Bacaan Yasin Perdana pimpinan Imam bertugas iaitu Ustaz Wan Mohd Shahrizan.

AlHamdulillah program Istimewa Asyura MAHSPKL 1440 Hijriyyah mendapat kerjasama yang amat baik dengan sumbangan-sumbangan kewangan dan tenaga dari para jemaah MAHSPKL dan Jemaah Tadarus & Talaqqi Al-Quran Syeikh Said Karawia malah mendapat maklum balas yang amat menggalakkan. InsyaaAllah akan diteruskan untuk tahun akan datang.

 

 

 

Disediakan oleh :

Pentadbiran Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI

 

 


Cetak   Emel