05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

                       

H2H3 01

 

09 ~ 11 Ogos 2018 / 27 ~ 29 Zulkaedah 1439H  - JAWI CAWANGAN PUTRAJAYA dibawah Unit Pengurusan Dakwah mengadakan Program Kembara Tautan Ukhuwah Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, Gua Musang Kelantan ini merupakan salah satu program kolabrasi antara JAWI Cawangan Putrajaya dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Program ini dijayakan dengan keterlibatan Wanita PERKIM an-Nidaa’ Cawangan Putrajaya, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Maybank, Majlis Agama.Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Taqwa, Surau al-Muqarrabin Kompleks Islam Putrajaya, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI Kuala Lumpur dan Sukarelawan Dakwah, JAWI.

 Seramai 40 orang yang menyertai program  yang diadakan selama 3 hari 2 malam dan acara pelepasan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji  Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI pada 9 Ogos 2018 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

Program tersebut telah dihidangkan dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk pengisian dan pemantapan ilmu. Antaranya adalah tadabbur alam dan ibrah musafir sepanjang perjalanan pergi dan balik, Qiamullail, tazkirah, ceramah, perkongsian pengalaman, kuiz dan permainan kanak-kanak.

Acara perasmian penutupan majlis telah diadakan di Masjid al-Hidayah, Pos Hendrop, Gua Musang Kelantan oleh YBrs. Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya.  Ustaz Aris Rami, Imam Masjid al-Hidayah selaku ‘tuan rumah” Ustaz Ahmad bin Nordin mewakili  MAIK    telah memberi ucapan alu-aluan semasa majlis tersebut . Mereka berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Dalam masa yang sama, YBrs. Tuan Haji Hazaruddin turut menyampaikan sumbangan al-Quran dan barangan makanan. Seramai 350 orang termasuk orang dewasa, remaja dan kanak-kanak disitu hadir menjayakan program secara bersama ini.

Menariknya aktiviti-aktiviti yang diaturkan bertujuan bukan sahaja untuk meningkatkan kefahaman  dan mempraktikkan ajaran Islam sepanjang kembara tersebut tetapi mempertemukan saudara kita yang berada di bandar dengan masyarakat orang asli di desa dalam satu majlis dan mengadakan aktiviti secara bersama.

Selain itu juga, aktiviti ziarah  masyarakat setempat turut diadakan dan disertai oleh ahli rombongan  yang terdiri daripada pelbagai bangsa untuk menyantuni masyarakat disitu.

Program ini sekali gus, memperlihatkan juga kecaknaan Wanita PERKIM an-Nidaa’ yang dipengerusikan oleh Datin Wira Hanifat binti Harun, Pengerusi, Wanita PERKIM an-Nidaa’ menyertai rombongan ini bersama dua ahli persatuan tersebut.

 

H2H3 02 H2H3 03
H2H3 04 H2H3 05

H2H3 06

H2H3 07

   

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Unit Pengurusan Dakwah.

Teks oleh: Unit Pengurusan Dakwah. 

 

 

 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 

Cetak   Emel