05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

                       

TKBL 05

 

13 September 2018 / 3 Muharram 1440H (Khamis) – Unit Khidmat Pengurusan, JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Kenderaan Jabatan dan Buku Log kepada Pegawai Kenderaan, Pemandu Kenderaan dan Pemandu Ganti di Bilik Mesyuarat Utama Al-Farabi, JAWI Cawangan Putrajaya, Kompleks Islam Putrajaya. Taklimat ini berlangsung selama 3 jam telah dihadiri oleh 20 orang peserta.

Penceramah jemputan adalah Tuan Hairul Nizan bin Sulaiman daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Taklimat ini dianjurkan untuk meningkatkan kualiti pemandu sedia ada dan menambahkan ilmu dalam pengurusan kenderaan. Selain daripada itu, ianya juga diadakan bagi memastikan Pegawai Kenderaan, Pemandu Jabatan dan Pemandu Ganti memahami tanggungjawab sebelum, semasa dan selepas memandu kenderaan Jabatan.

TKBL 01 TKBL 02
TKBL 03 TKBL 04

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Norsiza Salwani Binti Zainuddin.

Teks oleh: Norsiza Salwani Binti Zainuddin. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel