05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

                       

H2H3 01

 

29 Ogos 2018 / 17 Zulhijjah 1439H (Rabu) – Unit Khidmat Pengurusan, JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Program Heart to Heart Siri 3/2018 bertajuk Jangan! Hulur, Kawtim, Settle bertempat di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Presint 7, Putrajaya. Program tersebut yang berlangsung selama 3 jam ini dihadiri oleh 20 orang warga JAWI Putrajaya dan iringi empat orang pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Para peserta diberikan taklimat keselamatan oleh PKPs Hossen Bin Abdul Rahim kemudian dibawa melawat ke konti MACC fm (Anti-Corruption Channel), dataran kawad, jambatan tingkat 11, jambatan tingkat 13 dan seterusnya sesi penerangan lanjut berkenaan integriti dan rasuah oleh KPKPs Izham Bin Ibrahim di Bilik Gerakan SPRM. Para peserta juga telah memberikan respon serta kerjasama yang baik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan jati diri dan kualiti sebagai penjawat awam yang menerajui hal ehwal pentadbiran agama Islam di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

H2H3 02 H2H3 03
H2H3 04 H2H3 05

H2H3 06 

H2H3 07 

   

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Nazli Bin Yaacob.

Teks oleh: Norsiza Salwani Binti Zainuddin. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel