05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Anjur Program Dialog Peradaban Agama Berkaitan Hak Asasi Manusia

 
peradaban

29 Ogos 2018 | 17 Zulhijjah 1439H – Program setengah hari ini telah berlangsung pada 29 Ogos 2018 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan. Seramai 100 orang peserta dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah hadir. Antara slot pengisian program ialah ceramah bertajuk 'Hak Asasi Manusia, Deklarasi Kaherah' disampaikan oleh Ustaz Nik Muhd Marzuki bin Hj. Mohd Nor, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah dan kupasan bertajuk 'Hak Asasi Manusia ; Isu dan Cabaran dalam Konteks Negara Malaysia Membina Pendamaian' disampaikan Cik Puan Fatihah Iliani binti Jamhari yang merupakan seorang peguam.

Objektif program dialog ini adalah antara lain melahirkan warga kota yang bertanggungjawab dan bijak menangani isu peradaban silang budaya dan hak kebebasan beragama yang dijamin di dalam Perlembagaan Negara. Majlis perasmian penutup program disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Hj. Zakariah bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan diiringi Tuan Hj. Anuar Hakim bin Mohd Salleh, KPP Cawangan Tasawwur Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

peradaban1 peradaban2
 peradaban3  peradaban4
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel