05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Training Of Trainers (TOT) Bahasa Arab

 

ba tot 1

28 Ogos 2018M / 16 Zulhijjah 1439H (Selasa) – Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Training Of Trainers (TOT) Bahasa Arab di Bilik Ibnu Al-Rusydi, Aras 3,  Menara  Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melibatkan 15 orang guru Bahasa Arab dari Sekolah Rendah Agama JAWI. Kursus ini merupakan kesinambungan daripada kursus yang sebelumnya.

Kursus tersebut digerakkan oleh Unit Pembangunan Guru Bahagian Pelajaran yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Arab.

Kursus ini mendapat kerjasama yang baik dan positif daripada semua peserta yang terlibat. Di samping itu terdapat pelbagai input bermanfaat yang telah disampaikan oleh penceramah berkaliber iaitu En. Wan Hazaruddin Bin Wan Hassan dan Puan Zuliyana Binti Yahaya yang merupakan Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Bahasa Arab dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Besar harapan Bahagian Pelajaran JAWI supaya guru-guru Sekolah Rendah Agama JAWI dapat menerapkan pendekatan Pembelajaran Abad Ke 21 dalam melaksanakan PdPc Bahasa Arab selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

ba tot 2 ba tot 3
ba tot 4 ba tot 5
ba tot 6 ba tot 7

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel