05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pendidikan Hadis: Satu Tanggungjawab Besar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

semakan 1

17 OGOS 2018 / 05 ZULHIJJAH 1439H-Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah selesai melaksanakan Bengkel Semakan Terakhir Draf Kandungan Buku Teks Hadis Tahun 3 pada 16 hingga 17 Ogos 2018 di Hotel Maluri Kuala Lumpur.

Penyediaan Buku Teks Hadis Tahun 3 ini adalah untuk melengkapkan Pendidikan Islam yang syumul kepada murid-murid Sekolah Rendah Agama ( SRA ) dan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI ( SIRAJ ) yang merangkumi al-Quran dan al-Sunnah. Semakan draf kandungan Buku Teks Hadis Tahun 3 ini dinilai dari segi isi dan persembahan kandungan, fakta, bahasa serta ilustrasi agar ianya bersesuaian dengan tahap kognitif murid tahun 3.

Panel yang terlibat secara khusus dalam bengkel ini adalah terdiri daripada Dr Mohd Hapizi bin Sulaiman, Ketua Kluster Ilmu Teras, Intitut Latihan Islam Malaysia ( ILIM ), Encik Mohd Khafidz bin Soroni, Pensyarah Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ), Pegawai Bahagian Pelajaran dan Jawatankuasa Semakan Buku Teks Hadis di kalangan guru-guru SRA JAWI.  

Perasmian pembukaan bengkel ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Ketua Penolong Pengarah Kanan ( KPPK ) Bahagian Pelajaran JAWI manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi ( TPO ) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Semoga penghasilan Buku Teks Hadis ini dapat memberi manfaat kepada semua murid khususnya di SRA dan SIRAJ JAWI dan amnya kepada Pendidikan  Islam di Malaysia.
semakan 2 semakan 3
semakan 4 semakan 5

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel