05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Panel Penilaian Buku Teks Berkesan ; Satu Bimbingan Ke Arah Menilai Kualiti Buku Teks Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

buku teks 1

01 OGOS 2018 / 19 Zulkaedah 1439H. Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Penilaian Buku Teks Berkualiti di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam.

Seramai 30 orang peserta terdiri daripada semua pegawai Bahagian Pelajaran, Guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) telah menyertai kursus tersebut. Kursus ini dibimbing oleh Puan Upiq Asmar Binti Zainal Abidin, Jurulatih Utama Kebangsaan Pendidikan Islam KSSR, Kementerian Pendidikan Malaysia dan kursus ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) Bahagian Pelajaran, Tuan Hj Mohd Ansarullah Bin Mohd Hashim.

Kursus ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada peserta  tatacara menilai kandungan Buku Teks agar ianya bertepatan dengan kehendak Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA)  JAWI.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini, dapat menambah baik cara  menilai kandungan,  kualiti serta  isi kandungan Buku Teks KSRA JAWI.

buku teks 2 buku teks 3
buku teks 4 buku teks 5
buku teks 6 buku teks 7

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel