05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Saudara Baru Bergotong-Royong Jalani Ibadah Korban

 
korbanmuallaf9

23 Ogos 2018 | 11 Zulhijjah 1439H – Hari Raya Aidil Adha bagi muallaf khususnya di Kompleks Darul Hidayah dimeriahkan lagi dengan program Ibadah Korban Bersama Muallaf Tahun 2018. Program anjuran bersama Cawangan Pengurusan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dengan kerjasama PERKIM, MAIWP & Regional Islamic Da'wah Council of Southeast Asia & The Pacific (RISEAP) bermula seawal jam 8.00 pagi dengan solat sunat Aidil Adha dan seterusnya ibadah korban dan gotong-rotong melapah dan menyediakan jamuan makan tengah hari.

Program Ibadah Korban bersama Muallaf tahun ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI yang turut meluangkan masa menyampaikan ucapan khas Aidil Adha kepada semua jemputan yang hadir khususnya para muallaf di Kompleks Darul Hidayah. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ (Dr) Hj Mustapha Ma, Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim. Bendahari PERKIM, Tuan Haji Nicholas Sylvester, Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Puan Nabila Shila Lama, Pengerusi Yayasan Muallaf Malaysia & Tuan Haji Zaini Rashid, Pengarah Negeri Gantian, Tabung Haji. Sukarelawan Dakwah Islamiah JAWI (SUDI) turut sama turun padang bergotong-royong memeriahkan lagi program. Alhamdulillah.

 

korbanmuallaf korbanmuallaf1
 korbanmuallaf3  korbanmuallaf4
 korbanmuallaf5  korbanmuallaf8

 

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel