05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengarah JAWI Luang Masa Bersama 'SUDIans'

 
PengarahwithSUDI

 

17 Ogos 2018 | 5 Zulhijjah 1439H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Pentadbiran & Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Pengarah JAWI Bersama Sukarelawan Dakwah Islamiah (SUDI) JAWI pada 17 Ogos 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Syura Perdana, Aras 11, Kompleks Pusat Islam JAWI. Perjumpaan kali ini diatur bagi membolehkan YBrs. Pengarah JAWI menyampaikan amanat khusus kepada ahli SUDI JAWI di samping bertindak sebagai medan bertukar-tukar pandangan dan idea dalam memperkasa aktiviti dakwah khususnya di sekitar Wilayah Persekutuan.

Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzil bin Hj. Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Ustazah Maizura binti Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Apa yang diharapkan ialah pertemuan ini mampu menyuntik semangat ahli-ahli SUDI agar dapat terus 'sudi' menjadi sayap JAWI dalam menyebarluas dakwah Islam serta menyantuni sasaran dakwah.

 

PengarahwithSUDI1 PengarahwithSUDI2
 PengarahwithSUDI3  PengarahwithSUDI4
   

 

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel