05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Didik Warga Kota Celik Ancaman Terorisme

 
terror

 

17 Ogos 2018 | 5 Zulhijjah 1439H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Tasawwur Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Program Training of Trainers (TOT) Kounter Naratif Terorisme pada 14 - 15 Ogos 2018 (Selasa & Rabu) bertempat di Dewan Muslimat, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bengkel dua hari ini telah disertai oleh seramai lebih 50 orang peserta dari bahagian-bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di samping kakitangan-kakitangan agensi kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan pada program ini ialah 'Terroris Dari Perspektif Undang-Undang' disampaikan oleh Prof Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz dr UIA dan 'Proses Pemulihan Tahanan' oleh Tuan Haji Abdullah Jalil dari USIM. Apa yang diharapkan dari program TOT ini ialah para peserta mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk menjalankan tindak balas terhadap terorisme sekaligus menjadi aset kepada jabatan/agensi masing-masing dalam memberi kefahaman Islam yang bersifat wasotiyah berhubung isu dan cabaran terorisme kepada warga kota amnya.

 

 

terror1 teror2
 terror3  terror4
   

 

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel