05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Laksana Bengkel Pemurnian Modul Pengajian Islam di Agensi-Agensi Kerajaan

bengkelmodulislam3

17 Ogos 2018 | 5 Zulhijjah 1439H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Tasawwur Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Bengkel Modul Kelas Bimbingan Islam pada 15 - 16 Ogos 2018 bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur. Bengkel dua hari itu telah disertai oleh seramai 20 orang pegawai-pegawai di Bahagian Pengurusan Dakwah dan guru-guru Sirah SRA dari Bahagian Pelajaran JAWI. Turut bersama-sama dalam bengkel ini ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) yang diundang khas.

Bengkel Modul Kelas Bimbingan Islam ini telah dibimbing oleh YBhg. Ustaz Ab Rahman bin Che Soh yang merupakan Ketua Unit Kepimpinan di Kementerian Pelajaran Malaysia dan memfokus kepada pemurnian modul yang akan digunapakai dalam kelas-kelas bimbingan Islam yang dilaksanakan di agensi-agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis perasmian penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi oleh YBhg. Ustaz Mohd Fadzil bin Haji Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. 

 

bengkelmodulislam bengkelmodulislam2
 bengkelmodulislam1  bengkelmodulislam4

 

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel