05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Santuni Anak-Anak Yatim ASDAF & Baitul Ehsan

 
jalinankasih4

 

14 Ogos 2018 | 2 Zulhijjah 1439H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Program Jalinan Kasih & Khidmat Bakti JAWI Bersama Anak-anak Yatim 10 - 12 Ogos 2018 bertempat di Institut Perkaderan & Pemantapan Akidah Malaysia (IPHAM), Jelebu, Negeri Sembilan. Program selama 3 hari 2 malam itu telah disertai oleh anak-anak yatim dari Asrama Darul Falah, Jalan Travers, KL dan Maahad Tahfiz Baitul Ehsan, Taman Maluri, Cheras. 

Seramai 38 orang peserta telah menyertai program ini yang bertujuan meningkatkan potensi diri dengan cara mengenalpasti peluang dan kecenderungan yang ada dalam diri masing-masing. Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi Tuan Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar para peserta bukan saja dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman daripada program ini dalam kehidupan seharian malahan dapat meningkatkan kesedaran diri dan pemahaman tentang peranan masing-masing dalam memanfaatkan potensi dalam diri sendiri berlandaskan syariat Islam. Insya-Allah.

 

 

jalinankasih jalinankasih1
 jalinankasih2  jalinankasih3
jalinankasih5  jalinankasih6 

 

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel