05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

"Secawan Kopi Secangkir Teh"

 
kopiteh1

03 Ogos 2018 I 21 Zulkaedah 1439H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  melalui Cawangan Tasawwur Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Secawan Kopi, Secangkir Teh pada 3 Ogos 2018 bertempat di Lobi Dewan Muktamar JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi kerja kepada kakitangan kumpulan pelaksana atau sokongan, selain menghargai keberadaan mereka dalam menjayakan aspirasi jabatan serta mewujudkan budaya kerja cemerlang.

Program ini dimulakan dengan slot Santapan Rohani iaitu Bacaan Doa Selamat, diikuti Tadarus al-Quran Surah Al-Zalzalah serta ceramah motivasi bertajuk “Motivasi Memperkasa Semangat Kerja Berpasukan” yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Mohamed, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Terdahulu, seramai lebih kurang 130 orang kakitangan JAWI yang terpilih telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Semasa majlis ini berlangsung, turut diadakan penyerahan penyertaan Ibadat Korban Kemboja 1439H/2018M.

Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana ianya melibatkan kakitangan kumpulan sokongan, pemandu kenderaan jabatan, pengawal keselamatan,  serta kakitangan syarikat pembersihan.

Program seperti ini harus diteruskan lagi di masa akan datang kerana ia dapat merapatkan jalinan ukhuwwah antara semua kakitangan Jabatan Agama  Islam Wilayah Persekutuan(JAWI).

 


kopiteh2 kopiteh3
kopiteh4 kopiteh5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel