SEMINAR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Pada 02 Ogos 2018 (Khamis) Bahagian Penyelidikan, JAWI telah mengadakan Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, JAWI bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Program ini dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI serta agensi2 kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Najmuddin Bin Abd Karim, Pengetua Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) membicarakan tajuk “Manhaj Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” dan “Ancaman Liberaslisme Kepada Umat Islam”. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan turut sama memeriahkan program ini adalah Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan.
Bahagian Penyelidikan
|