05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM DISKUSI SAH NIKAH SAH NASAB DI DEWAN SERBAGUNA, MASJID BUKIT AMAN

1

Khamis 26 Julai 2018 Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berganding bahu untuk menjayakan PROGRAM DISKUSI SAH NIKAH DAN SAH NASAB. Program ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman dan dihadiri seramai 300 orang pegawai dan kakitangan dari PDRM.

Program ini bertujuan untuk

  1. Menyampaikan maklumat mengenai kepentingan memelihara keturunan yang sah demi mencapai salah satu matlamat maqasid syariah iaitu memelihara keturunan.
  1. Menjelaskan bahawa sesuatu perkahwinan itu hendaklah dilakukan mengikut hukum syarak dan peraturan yang ditetapkan.
  1. Menyalurkan maklumat terkini dan isu-isu yang berbangkit di dalam perkahwinan, perceraian dan ruju’agar dengan pendedahan yang jelas maka keharmonian dan keamanan keluarga, masyarakat dan negara dicapai.

Program ini telah diisi dengan sesi pertama iaitu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Penolong Pengarah Kanan, JAWI dengan tajuk “Keluargaku Tanggungjawabku ke Syurga”.

Selanjutnya sesi kedua, telah dihidangkan kepada peserta dengan forum yang membincangkan tajuk “Implikasi Perkahwinan Tanpa Kebenaran”. Panel-panel yang terlibat adalah Ustaz Hazman bin Hashim, Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan Tuan Mohd Ihsan bin Mohamad Daud, Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Wilayah Persekutuan. Manakala ustaz Mohd Abdul Nasir bin Abdullah, Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI selaku moderator.

Majlis Penutupan program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI dan turut hadir bersama YDH SAC Tuan Shafien bin Haji Mamat, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Intergriti Dan Pematuhan Standards (JIPS) PDRM serta Puan Hjh. Khatijah binti Abd. Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI.

Sesungguhnya usaha ini  menunjukkan bahawa JAWI  terus komited dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan akan peripentingnya menjaga nasab bermula dari memulakan langkah memilih pasangan dan proses-proses mengurus perkahwinan mengikut hukum syarak  dan peraturan  yang tertulis didalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1984(Akta 303).

Semoga para peserta yang hadir telah mendapat pencerahan hasil daripada  maklumat yang telah dikongsi dan disampaikan dan turut menyampaikan ilmu ini kepada rakan-rakan, keluarga dan sesiapa sahaja

 

2 6
4 5

 

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Cetak   Emel