05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantapan Teknik Pengajaran Al-Quran & Tajwid Bagi Tenaga Pengajar Kelas Pengajian Saudara Baru di Wilayah Persekutuan

TOTHira1

2 Julai 2018 I 18 Syawal 1439H (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Cawangan Pengurusan Saudara Baru (CPSB), Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah berjaya menganjurkan Kursus Training of Trainer Pembimbing Modul Pengajian Saudara Baru Wilayah Persekutuan Tahun 2018 pada 27, 28 & 29 Jun 2018. Kursus ini mensasarkan tenaga pengajar kelas pengajian Saudara Baru di bawah kelolaan JAWI dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Seramai 43 orang tenaga pengajar kelas pengajian Saudara Baru telah menyertai kursus ini dengan jayanya, termasuklah tenaga pengajar dari JAWI Putrajaya dan dari NGO seperti Hidayah Center Faundation, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Persatuan Cacat Pendengaran Islam Malaysia (PRISMA), Amaniah Muallaf Care Centre (AMCC), dan Persatuan Cina Muslim (AMCC).

Kursus yang dibarisi oleh para pensyarah dari Universiti Teknologi MARA Pahang dan konsultan Al-Quran dengan menggunakan kaedah Al-Hira’ ini telah berjalan selama 3 hari bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur. Pada peringkat permulaan kursus yang dikendalikan oleh para pensyarah UiTM Pahang ini memperkenalkan Games Tajwid’ untuk menarik minat para pelajar mempelajari dan memahami Tajwid dengan mudah dan menyeronokkan.

Seterusnya, kursus diteruskan dengan para pembimbing yang mempunyai kepakaran di dalam pengajaran Al-Quran. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik, kaedah dan strategi pengajaran yang sangat berkesan dalam proses penyampaian bacaan Al-Quran dan ilmu Tajwid kepada para pelajar dengan menggunakan kaedah Al-Hira’.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk menyeragamkan isi kandungan modul pengajaran Tajwid dan Al-Quran kepada Saudara Baru serta untuk memantapkan teknik dan kemahiran dalam proses mengajar Al-Quran dan Tajwid di kalangan tenaga pengajar.

Terdahulu, kursus ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI pada hari terakhir kursus iaitu 29 Julai 2018. Kursus ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan para peserta sangat berpuashati dengan pengisian yang telah disediakan. Diharapkan agar ilmu yang diperolehi dapat digunakan dengan sebaiknya dalam proses pengajaran kepada para muallaf.

 

TOTHira2 TOTHira3
TOTHira4 TOTHira5
   
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel