05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM “OUTREACH WANITA LESTARI”

1

5 Julai 2018 (Khamis) – Bertepatan dengan inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang prihatin terhadap golongan yang memerlukan, program kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah, Unit Pembangunan Keluarga Islam (PKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dan Bahagian Pengurusan Masjid Az-Zubair ibnul Awwam Cheras dengan menggunakan pendekatan aktiviti berbentuk pendampingan dengan warga kota telah melaksanakan Program Outreach Wanita Lestari” di kawasan perumahan Sg. Besi dan Cheras, Kuala Lumpur.

Program yang disertai seramai enam orang wakil dari JAWI diketuai oleh Ustaz Zakaria bin Mohamed, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Ustaz Abdul Jamel bin Jaafar, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga telah berjaya memberi pendekatan ziarah serta khidmat nasihat dalam suasana yang santai untuk mendekati golongan sasar pada program ini.

Sebanyak lima buah keluarga yang berlatar belakangkan golongan asnaf yang kurang berkemampuan dan 1 keluarga yang baru kematian suami telah mendapat perhatian untuk diziarahi dan diberikan khidmat nasihat serta sumbangan berbentuk makanan dan wang tunai sempena bulan Syawal pada kali ini.

 

2 3
4 5
6

7

 

Disediakan Oleh :

Unit Pembangunan Keluarga Islam Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga


Cetak   Emel