05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TEMA MELAYU TRADISIONAL MENYAMBUT MAHABBAH DI AIDILFITRI

7 Julai 2018 (Sabtu) - Masjid Al-Hidayah menganjurkan Majlis Mahabbah Aidilfitri 2018 dengan kerjasama Komuniti Kg Sg Penchala Kuala Lumpur.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi ini diserikan dengan dendangan Qasidah oleh anak-anak Madrasah Dar Asnaf Al-Fateh Ulu Yam dan Bacaan Ayat Suci Al Quran bertarannum oleh Ustaz Malik Ahmad Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bkt. Damansara Kuala Lumpur.

Majlis bertambah seri dengan ketibaan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Tuan Haji Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail sebagai perasmi majlis tersebut. Ketika ketibaan, beliau disambut dengan upacara pemakaian Tanjak, penyerahan Keris oleh Pengerusi Masjid kepada Tuan Pengarah dan pencak sembah Silat oleh Ketua Imam. Seterusnya menyampaikan ucapan perasmian dan gimik perasmian iaitu penyerahan Keris kepada pesilat untuk memulakan demonstrasi silat yang dipimpin oleh Ketua Imam, Guru-guru Silat dan Khalifah Utama Seni Silat Gerak Panca Delima Merah Malaysia, Gelanggang Kg. Sg. Penchala, KL.

Bagi menghargai jasa dan bakti berkhidmat di Rumah Allah, acara penyerahan plug penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Kariah Sesi 2016/2018 turut diadakan di Majlis Mahabbah Aidilfitri 2018 pada kali ini, yang juga disempurnakan oleh Tuan Pengarah JAWI.

Turut hadir di majlis tersebut Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, Maulana Helmi, Ustaz Hazman Penyelaras Pusat Zon 6 JAWI, Ustaz Bashir Mohamed al-Azhari, Ustaz Haikal Al Hafiz, Tn Hj Fauzi Mofaz, warga Maahad Tahfizul Quran Integrasi D Itqan, YB Hannah Yeoh Tseow Suan dan ramai lagi.

Majlis berjalan dengan baik dan bertambah meriah lagi apabila Ahli Jawatankuasa Kariah dan petugas-petugas mengayakan busana tema Melayu Tradisional.

 

 

 

Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

  


Cetak   Emel