05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS JAMUAN MAHABBAH AIDILFITRI MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ, BANGSAR (MSABA) 1439H/2018M

23 JUN 2018 (Sabtu) – Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar telah meraikan Majlis Jamuan Mahabbah Aidil Fitri MSABA 1439H/2018M bersama warga setempat.

Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 1.00 petang dikunjungi oleh tetamu-tetamu yang terdiri dari pelbagai bangsa dan lapisan umur. Majlis turut diserikan dengan dengan kehadiran YBhg. Datuk Ibrahim bin Thamby Chik (Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq), para AJK masjid dan MP Lembah Pantai iaitu YB Fahmi Fadzil sebagai tetamu istimewa.

Pelbagai juadah raya dihidangkan seperti daging bakar, nasi dagang, nasi berlauk, kuih muih dan sebagainya. Diakhir majlis, sumbangan duit raya untuk kanak-kanak telah diserahkan oleh YBhg. Datuk Ibrahim bin Thamby Chik dan YB Fahmi Fadzil.

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 

 


Cetak   Emel