05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MESYUARAT AGUNG KARIAH 2018 MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ, BANGSAR

24 JUN 2018 (Ahad) – Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah mengadakan Mesyuarat Agung Kariah 2018 dengan kehadiran ramai anak kariah.

Jumlah kehadiran yang dicatatkan adalah seramai 104 orang, 76 muslimin dan 28 muslimat. Mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan syukur serta doa. Kemudian YBhg. Datuk Ibrahim bin Thamby Chik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kariah telah memberi ucapan dan kata-kata hikmah untuk renungan bersama.

Turut serta juga YB Fahmi Fadzil MP Lembah Pantai mengikuti perkembangan mesyuarat, beliau juga telah memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk anak kariah untuk lakukan yang terbaik untuk Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk masa akan datang.

Syukur Alhamdulillah mesyuarat telah berlangsung dengan tenang dan baik, pelbagai pertanyaan serta cadangan dilontarkan berkaitan dengan agenda yang dibentangkan. Jamuan tengah hari disediakan untuk semua hadirin selepas selesai mesyuarat.

 

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 


Cetak   Emel