05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sambutan Hari Guru 2018 Peringkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’

 

3 JULAI 2018 : Bahagian Pelajaran  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Tema hari guru pada tahun ini ialah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan telah dihadiri oleh lebih 1200 orang guru dari semua Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA) dan  Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis ini bermula dengan slot ceramah khas sempena hari guru yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab.Halim bin Tamuri, Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Majlis dihadiri oleh Tn. Hj. Mohd Ansarullah Bin Mohd Hashim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Turut hadir dalam majlis sambutan ini ialah Tuan Hj. Yusof Bin Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi),TuanAdiratno bin Che Ani Timbalan Pengarah (Pengurusan), Imam Besar Masjid Wilayah Tuan Haji Zakariah bin Isa , Ustaz Yaakob bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ketua-ketua bahagian JAWI dan pegawai-pegawai dari bahagian Pelajaran JAWI.

Majlis sambutan hari guru ini bertujuan meraikan guru-guru SIRAJ, SRA dan KAFA yang telah memberi sumbangan dalam meningkatkan kualiti pendidikan agama di JAWI. Majlis ini juga dilaksanakan bagi memupuk perpaduan ikhtisas di kalangan guru-guru di samping mengeratkan silaturrahim antara guru dan warga pelajaran di JAWI.

Seramai 5 orang guru telah dipilih untuk menerima anugerah sempena sambutan pada kali ini iaitu, Ustaz Mohd Nor bin Hassan dan Ustazah Rashidah binti Hamid bagi kategori kepimpinan guru besar SRA dan ketua guru KAFA. Manakala bagi kategori guru cemerlang SRA dan KAFA ialah Ustazah Hajjah Kamisah binti Ali dan Ustazah Jamaliah binti Hashim. Seorang guru Orang Kelainan Upaya (OKU) Cacat Penglihatan telah dinobatkan untuk menerima anugerah khas iaitu Ustaz Mohamad Zaki bin Mohamed Yusuff.

Majlis perasmian telah disempurnakanoleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis  Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Urusetia majlis sambutan ini  diketuai oleh Puan Zarliza binti Ramli, Penolong Pengarah Kanan Unit Sekolah Integrasi (SIRAJ) mengharapkan majlis sambutan ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi meraikan guru-guru yang telah memberi khidmat bakti kepada dunia pendidikan Islam di samping sebagai motivasi untuk guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi dalam kerjaya. 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

rujukan RTM

https://www.youtube.com/watch?v=1UC5sdJQ8d4

 

 

Cetak   Emel