05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Seminar Cakna Remaja : “Remaja Bestari Penentu Masa Depan Negara”

26 Jun 2018M / 12 Syawal 1439H (Selasa) - Unit Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dengan kerjasama Institut Profesional Baitulmal (IPB) telah mengadakan Program Seminar Cakna Remaja : “Remaja Bestari Penentu Masa Depan Negara”. Program ini menyasarkan kepada pelajar-pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB) seramai 200 orang pelajar yang hadir.

Program yang julung kali dianjurkan oleh Unit Pembangunan Keluarga Islam, BPPK ini adalah untuk memberi kefahaman dan penghayatan kepada peserta mengenai peranan dan kewajipan remaja dalam membentuk jati diri dan keperibadian yang cemerlang dan juga kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab remaja terhadap masyarakat dan negara.

Program ini bermula dengan slot 1 yang bertajuk “Anak Idaman Harapan Bangsa dan Negara” yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Manakala slot 2 bertajuk “Remaja Mithali Harapan Ummah” yang disampaikan oleh YBhg. Ustazah Zarliza binti Ramli, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran JAWI.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Ustazah Khatijah binti Abd Rahman danKetua Unit Hal Ehwal Islam, Institut Profesional Baitulmal (IPB) Ustaz alif Fahmi bin Abdullah.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi (TPO), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi.

   

Disediakan Oleh :

Unit Pembangunan Keluarga Islam

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel