05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN PERINGKAT ZON 3 JAWI

 

 KHATAQ3

04 Jun 2018 / 19 Ramadhan 1439( Isnin ) :- Membudayakan pembacaan Al-Quran khususnya di Bulan Ramadhan merupakan tonggak utama penganjuran Program Tadarus & Khatam Al - Quran Peringkat Zon 3 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ). Program Tadarus & Khatam Al-Quran pada kali ini merupakan program kerjasama diantara Pusat Pentadbiran   Zon 3 JAWI dan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,Kuala Lumpur.

Program ini bermula seawal jam 4 petang dengan bacaan Al-Quran secara berkumpulan yang melibatkan penyertaan pegawai-pegawai dari Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI , Masjid  Jamek Sultan Abdul Samad dan juga penyertaan dari jemaah Masjid  Jamek Sultan Abdul Samad    sendiri.

Ustaz Mohd Hatta Bin Abdul Rahman (Ketua Imam Masjid Jamek Alam Shah) turut berkongsi  ilmu dan pengetahuan bersama hadirin dalam Slot Tazkirah Ringkas. Antara aspek yang diberi penekanan dalam perkongsian tersebut ialah kaedah untuk kita mengoptimumkan hari-hari terakhir dalam Bulan Ramadhan pada kali ini.

Selain itu juga , Program  Tadarus & Khatam Al-Quran Peringkat Zon 3 ini juga turut menyantuni anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim & Miskin dari Sungai Pinang ,Kelang serta golongan mualaf sekitar Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ,Kuala Lumpur

Majlis Perasmian Penutup Program Tadarus & Khatam Al-Quran Zon 3 pada kali ini  telah disempurnakan oleh YBhg Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail , Pengarah Jabatan Agama Islam  Wilayah Persekutuan ( JAWI ).

Turut hadir dalam program ini ialah Yang Berusaha Ustaz Mohd Yazid Bin Saad , Penolong  Pengarah Kanan,Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI. Seramai 100 orang peserta terlibat Program Tadarus & Khatam Al-Quran Peringkat Zon 3 JAWI ini.

KHATAQ1KHATAQ2

KHATAQ4KHATAQ5

Disediakan oleh :

Pejabat Pentadbiran  Pusat Zon 3 JAWI

 


Cetak   Emel