05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AL-QURAN: PENEMAN DI KUBURAN - SYAFAAT DI AKHIRAT.

NUZUQ11

1 Jun 2018 (Jumaat) - Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala telah menganjurkan Ceramah Khas sempena meraikan Nuzul Al-Quran. Ceramah disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Zulkifli bin Makhtar yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM.

Melalui ceramah ini para jemaah telah diceritakan tentang sejarah penurunan al-Quran dan menganjurkan kepada para jemaah agar sentiasa membaca dan meraikan al-Quran setiap masa terutamanya ketika berada di penghujung Ramadhan untuk mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

Majlis berakhir dengan solat witir dan hidangan juadah istimewa berupa kambing golek disediakan untuk para Jemaah yang hadir dianggarkan melebihi 300 orang.

NUZUQ1 NUZUQ2

 

Disediakan oleh :

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel