05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM TURUN PADANG : PROMOSI PERKHIDMATAN PUSAT KHIDMAT, KELUARGA, SOSISAL DAN KOMUNITI SERTA ANJUNG KHIDMAT KELUARGA JAWI

1

30 Mei 2018 (Rabu) – Dalam usaha menyebarluaskan perkhidmatan yang yang ditawarkan di Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) dan Anjung Khidmat Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Akuaja) kepada masyarakat awam di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Unit Pembangunan Keluarga Islam (PKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Program Turun Padang di sekitar kawasan perumahan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Program yang disertai seramai enam orang pegawai dan kakitangan BPPK yang diketuai oleh Ustaz Abdul Jamel bin Jaafar, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembangunan Keluarga Islam telah berjaya mewar-warkan mengenai perkhidmatan khidmat nasihat tentang urusan perkahwinan dan kekeluargaan yang disediakan di PKKSK dan Akuaja melalui edaran pamphlet dan penerangan ringkas kepada orang awam di kawasan tersebut.

23

45

Disediakan Oleh :

Unit Pembangunan Keluarga Islam,

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Cetak   Emel