05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI CAKNA MASYARAKAT BAHAGIA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN IHYA’ RAMADHAN 1439H

27 Mei 2018 (Ahad) – Melahirkan kesatuan yang unggul dalam membawa obor agama demi memperkasakan ajaran Islam, menjadikan surau sebagai rumah kedua disamping melahirkan semangat bekerjasama dalam perkara-perkara yang berkaitan amalan kejiranan dan membantu meringankan bebanan tanggungan golongan yang kurang bernasib baik merupakan matlamat Program JAWI Cakna Masyarakat Bahagia dan Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadhan 1439H.

Program yang julung-julung kali diadakan itu merupakan program kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah dan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) dengan Surau Al-Mizan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam, Jalan Dutamas Kuala Lumpur.

Seramai 200 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat iaitu anak-anak kariah surau tersebut yang mengikuti program ini yang diadakan di Dewan Solat Utama Surau Al-Mizan.

Antara pengisian program ialah tadarus dan tahlil perdana dan diikuti perkongsian ilmu berbentuk forum bertajuk “Imarah Surau Tanggungjawab Bersama “yang dikendalikan oleh seorang moderator iaitu Masmu Halim bin Nahrawa dan dua orang ahli panel iaitu Us. Anuar Hakim bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Us. Hazman bin Hashim, Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI. Program berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada 100 orang asnaf.

Terdahulu, program berkenaan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

12

34

67

Disediakan Oleh :

Unit Pembangunan Keluarga Islam,

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Cetak   Emel