05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pusat Ko-Kurikulum WPKL Anjur Kursus Jenazah Sempena Program Ihya' Ramadhan

 
kpjpusatkoku1

24 Mei 2018 | 8 Ramadhan 1439H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah Sempena Program Ihya’ Ramadhan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan pada 24 Mei 2018 (Khamis) bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Kuala Lumpur, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kursus yang bermula jam 8.00 pagi itu telah disertai oleh para pelajar sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kursus yang terdiri daripada kelas pembelajaran teori dan praktikal mengurus jenazah telah dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Rosly bin Omar dan YBhg. Ustazah Ruzeeta binti Saad.

Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar para peserta bukan saja dapat memanfaatkan kebaikan bulan Ramadhan dengan mempelajari ilmu yang bermanfaat malahan dapat menyebarluas ilmu tersebut kepada rakan-rakan di sekolah untuk maslahah bersama. Insya-Allah.

Hadis Abu Hurairah r.a:

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda: Segerakanlah pengurusan jenazah kerana jika jenazah itu baik maka sudah sepatutnya kamu menyegerakannya. Jika sebaliknya maka jenazah itu adalah keburukan yang kamu letakkan (lepaskan) dari leher-leher kamu (dari tanggungjawab kamu).

 

kpjpusatkoku kpjpusatkokurikulum
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel