05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ziarah Dakwah JAWI Singgah di IKN

 
ziarahikn2

24 Mei 2018 | 8 Ramadhan 1439H – Program Ziarah Dakwah sempena bulan Ramadhan adalah merupakan program saban tahun yang diadakan pada setiap bulan Ramadhan. Ziarah Dakwah ini diadakan bagi menunjukkan keprihatinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam menyantuni pesakit-pesakit yang kurang bernasib baik dan terlantar di hospital-hospital sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kali ini program Ziarah Dakwah sempena Ramadhan telah dijalankan di Wad 5A dan 6A, Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya. Rombongan ziarah seramai 18 orang pegawai dan kakitangan JAWI diketuai Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBhg. Tuan Haji Yusof bin Mamat telah meluangkan masa lebih kurang satu (1) jam menziarahi pesakit di wad-wad berkenaan.

Rombongan dari JAWI telah terlebih dahulu disambut oleh YBhg. Dr. Hasmah binti Sahat, Timbalan Pengarah Perubatan IKN. Beliau turut meluangkan masa memberikan taklimat pengenalan IKN kepada semua ahli rombongan yang hadir sebelum lawatan ke wad-wad berkenaan.

Rombongan ziarah telah meluangkan masa beramah mesra bersama pesakit dan ahli keluarga di samping membacakan doa agar dipermudahkan segala urusan serta turut menyampaikan buah tangan kepada para pesakit yang diziarahi. Semoga lawatan ini dapat menjadi platform dalam mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara JAWI dan IKN.

ziarahikn ziarahikn3
 ziarahikn6 ziarahikn7 
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel