05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Taklimat Dan Ujian Kelayakan Tahun Satu SIRAJ

 

ukis 001

21 Mei 2018 – Bahagian Pelajaran JAWI telah mengadakan Ujian Kelayakan Tahun Satu ke Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) bagi sesi persekolahan 2019 pada 19 Mei 2018.  Ujian ini telah diadakan di empat buah SIRAJ secara serentak iaitu di SRA SIRAJ Saidina Uthman bin Affan Bandar Tun Razak,  SRA SIRAJ Al-Alusi Datuk Keramat, SRA SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas Pantai Dalam dan SRA SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari Kepong.

            Seramai 1173 orang murid pra sekolah/tadika telah menduduki ujian bertulis di ke empat-empat buah sekolah tersebut yang berlangsung selama dua jam.  Selain itu, sesi taklimat oleh guru besar sekolah berkenaan telah diadakan bertujuan memberi taklimat kefahaman dan penjelasan tentang hala tuju SIRAJ. Pengarah dan Pegawai-pegawai JAWI juga turut serta dalam majlis tersebut. Sambutan ibubapa pada hari tersebut amat menggalakkan.

ukis 003 ukis 005
ukis 002 ukis 004
ukis 006 ukis 007

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel